Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pm Terima Kunjungan Hormat Pelajar Dssk Pdrm

Diterbitkan: 20 Jul 2018 5.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kunjungan ini merupakan keperluan subjek Pembangunan Politik dan Kepolisan bagi memberi kefahaman kepada para peserta untuk mengkaji proses sistem demokrasi serta pembangunan politik di Malaysia yang mana ianya berhubungan secara langsung dengan penugasan para peserta di lapangan setelah tamat pengajian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pm-terima-kunjungan-hormat-pelajar-dssk-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:26 MYT

Kuala Lumpur, 20 Julai 2018 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menerima kunjungan hormat daripada para pelajar Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) yang berlangsung di Yayasan Al-Bukhari, di sini, pagi tadi.

Delegasi diketuai oleh Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yong Lei Choo itu telah disertai oleh 33 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua pegawai kanan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang mengikuti program tersebut.

Sesi kunjungan hormat pada hari ini turut dihadiri oleh Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selaku Ketua Penyelaras Akademik, Professor Madya Dr. Azmi Aziz dan Professor Madya Dr. Mohamad Takiyuddin Ismail dari Fakulti Sains Politik, UKM.

Kunjungan ini merupakan keperluan subjek Pembangunan Politik dan Kepolisan bagi memberi kefahaman kepada para peserta untuk mengkaji proses sistem demokrasi serta pembangunan politik di Malaysia yang mana ianya berhubungan secara langsung dengan penugasan para peserta di lapangan setelah tamat pengajian.

13
Ucapan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

15
Ucapan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

10
Pelajar-pelajar Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) yang hadir pada hari ini.

9
Pelajar-pelajar Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) yang hadir pada hari ini.

8
Pelajar-pelajar Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) yang hadir pada hari ini.

1
Pelajar-pelajar Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) yang hadir pada hari ini.

19
Sesi bergambar kenangan bersama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

20
Sesi bergambar kenangan bersama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

21
Sesi bergambar kenangan bersama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.










ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2018 5.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM