Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pm Santuni Warga Jabatan Kdnka Dalam Program Malaysia Madani

Published: 15 Jul 2023 3.04 PM Updated: 15 Aug 2026 8.19 PM
Kulim, 16 Julai 2023 - Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyantuni warga kerja Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) dalam Program Malaysia MADANI bertempat di Dewan Serbaguna Batalion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pm-santuni-warga-jabatan-kdnka-dalam-program-malaysia-madani
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:17 MYT

Kulim, 16 Julai 2023 - Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyantuni warga kerja Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) dalam Program Malaysia MADANI bertempat di Dewan Serbaguna Batalion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, petang semalam.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Kedah, CP Dato' Fisol Salleh.

Program yang julung kali diadakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan KDNKA ini bertujuan meningkatkan kerjasama antara agensi kerajaan merentasi sempadan portfolio dalam meneraju agenda perpaduan negara selari dengan pembangunan Malaysia MADANI.

Dalam majlis tersebut, Dato' Seri Anwar turut menyampaikan sumbangan kepada 28 orang anak-anak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dari Batalion 2 PGA yang diwakili oleh tiga pelajar cemerlang iaitu Nurul Ashifa Rosli (9A), Muhammad Irfan Mohd Latif (8A) dan Mohd Haziq Danial Md Yazid (6A).

Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyampaian replika cek daripada Penasihat Yayasan Albukhary, Datuk Seri Hj. Abdul Aziz Shahar dan Pengurus Besar Kanan Keselamatan, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah kepada Tan Sri Razarudin masing-masing berjumlah RM1 juta untuk Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sebagai penghargaan terhadap jasa pegawai dan anggota PDRM di seluruh negara.

Dato’ Seri Anwar turut meluangkan masa beramah mesra bersama warga kerja Batalion 2 PGA dan ahli keluarga yang sama-sama hadir memeriahkan program tersebut sebelum meninggalkan majlis itu pada jam 7.00 malam.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Negara (KSU), Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, KSU Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Khaw Kok Chin, barisan timbalan pengarah jabatan KDNKA, pegawai kanan KDN dan PDRM serta rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq kamarudin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 2 people, dais and text that says 'AM MALAYSIA SERI ANWAR DANI ERDANA MF BHIM DHIM BERSAMA WARD RM KESELAMATAN KETENTERAMA LIS DIRAJA 15

May be an image of 4 people, dais and text that says 'QU PROGRAM MALAYSIA MADANI DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHI PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA AN KESELAMA

May be an image of 7 people and text

May be an image of 5 people and text that says '$D POLIS AYOB POLIS DRM'

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 9 people, dais and text that says 'PROGRAM MALAYSIA MADANI YAB DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI BERSAMAWARGA ATAN KES AMATAN

May be an image of crowd, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'TAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM POLIS DIRAJA MALAYSIA 15JULAI 2023 (SABTU) VAN SER

May be an image of 3 people and text

May be an image of 9 people, dais and text
ArticlePublished 15 Jul 2023 3.04 PMUpdated 15 Aug 2026 8.19 PM