Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

PLBT SUMBANG ZAKAT WAKALAH RM40,000 BUAT GOLONGAN ASNAF WARGA IPD LANGKAWI

Diterbitkan: 07 Aug 2023 6.05 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Langkawi, 8 Ogos 2023 - Syarikat PBLT Sdn. Bhd. menyumbangkan zakat wakalah berjumlah RM40,000 kepada golongan asnaf, balu, pesakit kronik dan anak yatim yang terdiri daripada warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dalam satu majlis di IPD itu, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/plbt-sumbang-zakat-wakalah-rm40-000-buat-golongan-asnaf-warga-ipd-langkawi-20230807
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:14 MYT
 
Langkawi, 8 Ogos 2023 - Syarikat PBLT Sdn. Bhd. menyumbangkan zakat wakalah berjumlah RM40,000 kepada golongan asnaf, balu, pesakit kronik dan anak yatim yang terdiri daripada warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dalam satu majlis di IPD itu, malam tadi.

Penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan diiringi oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad sambil disaksikan Penaung Yayasan Seri Negara merangkap Pengerusi PBLT Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Seri Dr. Mazlan Lazim.

Sumbangan zakat buat 200 penerima itu sebagai tanda keprihatinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga kebajikan dan meringankan beban mereka yang terkesan.

Hadir sama, Ketua Setiausaha (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Ketua Polis (KP) Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh, Timbalan KP Kedah, DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari dan barisan pegawai kanan KDN serta PDRM.

May be an image of 6 people, lighting, dais, wedding and text that says '( WAKALAH A SDN RM40, 000.00 I KAW'

May be an image of 5 people, lighting, dais and text

May be an image of 3 people, lighting and text

May be an image of 5 people

May be an image of 7 people and text

ArtikelDiterbitkan 07 Aug 2023 6.05 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM