
Masih adakah dalam kalangan rakan netizen yang mengingati posting awal kami berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu? ❤🇲🇾
Sebagaimana nasihat Majlis Keselamatan Negara, tanggungjawab untuk mengawal penularan wabak #COVID19 kini terletak atas bahu anda semua. Patuhilah SOP yang dikeluarkan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA walau di mana jua anda berada.
Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia. 🤲🇲🇾
Terima kasih daripada kami, seluruh warga Polis Diraja Malaysia. Biar jasa jadi kenangan. 😊