Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Guna Aplikasi Wechat Buat Pesanan Dadah

Published: 18 Jul 2020 2.27 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 Julai 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengesan taktik sindiket yang menggunakan aplikasi sembang maya seperti WeChat untuk membuat pesanan dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-guna-aplikasi-wechat-buat-pesanan-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:34 MYT

Kuala Lumpur, 18 Julai 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengesan taktik sindiket yang menggunakan aplikasi sembang maya seperti WeChat untuk membuat pesanan dadah.

Pengarahnya, CP Dato’ Ramli Din berkata, taktik berkenaan digunakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memudahkan penghantaran dadah dibuat menerusi pesanan khidmat penghantar makanan, barangan dan e-hailing.

"Mereka mengambil kesempatan mengedar dengan menggunakan khidmat sedemikian dan yang membuat penghantaran itu turut mengambil kesempatan mencari pendapatan tambahan dengan cara itu.

"Penghantar dadah akan kenakan bayaran lebih, tetapi ada juga dalam kes tertentu, mereka (penghantar) tidak mengetahui bungkusan yang mereka hantar mengandungi dadah." katanya.

Katanya, dalam kebanyakan kes, dadah disorok dalam bungkusan barangan lain termasuk bungkusan makanan dan kotak permainan kanak-kanak.

"Dalam kejadian di Gombak pada 13 April lalu, seorang pekerja penghantaran curiga dengan bungkusan yang perlu dihantar ke satu alamat di Setapak dan dia terus ke sebuah balai polis berhampiran.

"Apabila dibuka, bungkusan itu berisi roti canai bersama beberapa paket berisi Ganja. Susulan itu kita berjaya menahan lima orang termasuk pengirim dan penerima bungkusan dalam serbuan di Setiawangsa dan Bangsar" katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Sinar Harian seperti berikut.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArticlePublished 18 Jul 2020 2.27 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM