Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Edar Dadah Guna Penghantar Makanan

Diterbitkan: 18 Jul 2020 3.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi sekatan jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memerangi pandemik COVID-19 di negara ini sedikit sebanyak merencatkan aktiviti pengedaran dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-edar-dadah-guna-penghantar-makanan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:36 MYT

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi sekatan jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memerangi pandemik COVID-19 di negara ini sedikit sebanyak merencatkan aktiviti pengedaran dadah.

Disebabkan itu, sindiket pengedaran dadah beralih menggunakan khidmat penghantar makanan bagi memudahkan urusan penghantaran dadah kepada 'pelanggan-pelanggan'.

Ini terbukti apabila PDRM dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya membongkar antara taktik yang digunakan penjenayah iaitu menyembunyikan dadah di dalam peket minuman dan makanan sejuk beku.

Sindiket mungkin beranggapan taktik itu dapat mengaburi pihak berkuasa, namun sangkaan itu meleset apabila taktik berkenaan berjaya dihidu pihak berkuasa.

Mengambil kesempatan di kala masyarakat 'sukar bergerak', sindiket bertindak nekad menggunakan khidmat penghantar makanan bagi mengaburi pihak berkuasa untuk menghantar bekalan dadah dalam kuantiti yang sedikit kepada pembeli.

ACP Tuan R. Sundralingam yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor menjelaskan, khidmat penghantar paling popular digunakan sindiket sepanjang tempoh PKP fasa pertama.

ACP Tuan Sundralingam yang kini dilantik sebagai Penolong Pengarah Risikan Zon 1 Bukit Aman mengakui pengedar dadah turut menggunakan khidmat penghantar makanan dan bagi mengelak kegiatan mereka dikesan, perkara itu turut dirahsiakan daripada pengetahuan si penghantar.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.google.com.my/…/www.sinarharia…/ampArticle/92673

Sumber: Sinar Harian

‪StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
‪HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person
ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2020 3.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM