
Kunjungan Hormat Menteri Kdn Bersama Delegasi Ke Atas Ketua Menteri Sarawak
Kuching, 18 Julai 2020 - Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin, melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani turut hadir mengiringi beliau dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari bermula semalam.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wan Ahmad Dahlan Haji Ab. Aziz, Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Aidi Ismail dan Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN, Dato’ Hajah Rahmah Haji Ramli.