Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Video Pilihan Sumbangan Tokoh Islam Ibn Sina Dalam Melawan Wabak Penyakit Berjangkit

Published: 23 Jul 2020 12.13 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Serangan wabak penyakit ke atas manusia telah berlaku sejak berkurun lama. Salah satunya ialah The Black Death yang berlaku sekitar abad ke-14 di seluruh Eropah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-video-pilihan-sumbangan-tokoh-islam-ibn-sina-dalam-melawan-wabak-penyakit-berjangkit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:43 MYT

Serangan wabak penyakit ke atas manusia telah berlaku sejak berkurun lama. Salah satunya ialah The Black Death yang berlaku sekitar abad ke-14 di seluruh Eropah.

Wabak tersebut berpunca daripada bakteria yang terdapat pada haiwan, mengakibatkan kulit pesakit menjadi hitam.

Bagi mengekang penularan wabak yang telah membunuh jutaan manusia ketika itu, setiap individu yang dijangkiti dikehendaki menjalani proses kuarantin.

Apa yang menariknya, proses kuarantin tersebut telah dirujuk menerusi ensiklopedia perubatan bertajuk "The Canon of Medicine", karya seorang tokoh ilmuwan Islam, Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Hasan Ibn Ali Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai Ibn Sina yang hebat dalam bidang perubatan.

Sebagai mengenang kehebatan dan kejayaan tokoh Islam itu dalam mengawal penyakit berjangkit di zamannya, sebuah dokumentari bertajuk "Ibn Sina" telah dihasilkan oleh HalalTrip dengan kerjasama Uzbekistan Tourism. Dokumentari itu diadaptasi daripada sebuah filem yang juga menggunakan nama sama, Ibn Sina.

Ikuti dokumentari tersebut yang memaparkan bagaimana Ibn Sina dan kaumnya mengatasi wabak yang menimpa mereka.

Sumber: Halal Trip

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Video Pilihan Sumbangan Tokoh Islam Ibn Sina Dalam Melawan Wabak Penyakit Berjangkit
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/971165459974140/
ArticlePublished 23 Jul 2020 12.13 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM