Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Tiga Anggota Polis Dan Seorang Tentera Tolak Cubaan Rasuah Dua Warga Asing

Published: 03 Sep 2020 3.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 3 September 2020 - Tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama seorang tentera dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menolak cubaan rasuah oleh dua lelaki warga asing yang ingin melepaskan diri dalam satu pemeriksaan di Kota Damansara, di sini Ahad lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-tiga-anggota-polis-dan-seorang-tentera-tolak-cubaan-rasuah-dua-warga-asing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:19 MYT

Petaling Jaya, 3 September 2020 - Tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama seorang tentera dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menolak cubaan rasuah oleh dua lelaki warga asing yang ingin melepaskan diri dalam satu pemeriksaan di Kota Damansara, di sini Ahad lalu.

Tindakan berintegriti oleh Koperal Mohamad Gaddafi Abd Manaf, Koperal Khairul Izham Harun, Konstabel Wan Mohd Hanif Wan Abd Aziz dan Prebet Muhammad Najmi Amat Samsudin itu mendapat pujian oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal.

ACP Tuan Nik Ezanee berkata, kejadian itu berlaku ketika para petugas sedang melakukan rondaan cegah jenayah ‘Aberdeen’ di sepanjang Jalan Teknologi 3/1.

“Semasa rondaan tersebut, mereka telah ternampak sebuah kereta dinaiki dua lelaki warga asing dalam keadaan mencurigakan. Apabila hendak menahan kereta berkenaan, ia terus memecut laju sebelum berjaya dipintas di hujung lorong Teknologi C," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka gagal mengemukakan lesen memandu dan dokumen perjalanan yang sah. Dalam masa yang sama, salah seorang suspek cuba menawarkan wang tunai sebanyak RM500 kepada anggota bertugas sebagai tindakan untuk melepaskan diri,” ujarnya.

"Saya sangat bangga dengan keempat-empatnya mereka kerana tegas dalam menegakkan undang-undang dan berpegang kepada prinsip Pasukan," katanya lagi.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 4 people, text
ArticlePublished 03 Sep 2020 3.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM