Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKPP #COVID-19 POSTING PILIHAN: TIMBALAN KPN HADIR MENGIMARAHKAN MASJID SEMPENA AIDILADHA

Diterbitkan: 31 Jul 2020 3.28 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Mazlan Mansor turut sama menyempurnakan ibadah solat sunat Aidiladha bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-timbalan-kpn-hadir-mengimarahkan-masjid-sempena-aidiladha-kuala-lumpur-31-julai-2020-timbalan-ketua-polis-negara-dig-dat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:35 MYT

Mazlan Mansor turut sama menyempurnakan ibadah solat sunat Aidiladha bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman di sini, hari ini.

Intipati khutbah Aidiladha tahun ini yang bertajuk "Ketaatan Menyubur Keamanan", menekankan supaya kita memelihara hubungan dengan Allah SWT dan mengukuhkan ketakwaan kerana ianya dapat mengikis segala perasaan curiga serta menghindarkan sifat bakhil dengan melaksanakan ibadah korban.

Bagi memastikan langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19 dilaksanakan, setiap jemaah perlu mendaftar nama melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual, memakai cecair pembasmi kuman, mengimbas suhu badan, membawa sejadah sendiri dan berwudhu' di rumah sebelum hadir ke masjid.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Ramli Din, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya, barisan pegawai kanan dan anggota PDRM.

Sumber: Masjid Bukit Aman

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people, text that says 'OPPO A9 2020 2020/07/31 /07/31 08:41'

Image may contain: one or more people and people sitting

Image may contain: 9 people

ArtikelDiterbitkan 31 Jul 2020 3.28 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM