Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Seramai 390 Pati Filipina Diusir Ke Negara Asal

Diterbitkan: 29 Jul 2020 4.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.22 AM
Seramai 390 pendatang asing tanpa izin (PATI) dikembalikan ke negara asal mereka, Filipina, melalui Pelabuhan Sandakan, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-seramai-390-pati-filipina-diusir-ke-negara-asal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:55 MYT

Sandakan, 29 Julai 2020 - Seramai 390 pendatang asing tanpa izin (PATI) dikembalikan ke negara asal mereka, Filipina, melalui Pelabuhan Sandakan, hari ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Puan Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, ia merupakan pengusiran siri ke-22 melalui laut pada tahun ini.

Beliau berkata, pengusiran itu menjadikan jumlah keseluruhan PATI sepanjang tahun ini seramai 5,245 orang.

“Seperti siri pengusiran sebelum ini, semua tahanan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung," katanya.

Sumber: Eastern Sabah Security Command -Esscom

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 29 Jul 2020 4.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.22 AM