Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Polis Trafik Bantu Selamatkan Budak Perempuan Sesat Di Tawau

Published: 03 Jul 2020 2.34 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tawau, 3 Julai 2020 - Seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui bersendirian oleh orang awam dekat Jalan Abaka, di sini pagi tadi selamat diserahkan kepada anggota polis bertugas di sekitar bandar tersebut.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-polis-trafik-bantu-selamatkan-budak-perempuan-sesat-di-tawau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:30 MYT

Tawau, 3 Julai 2020 - Seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui bersendirian oleh orang awam dekat Jalan Abaka, di sini pagi tadi selamat diserahkan kepada anggota polis bertugas di sekitar bandar tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Tuan Peter Umbuas berkata, anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang kebetulan sedang menjalankan "point duty" di jalan tersebut telah membawanya pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau sebelum membuat hebahan di bilik gerakan.

"Kanak-kanak perempuan itu diberi perlindungan dan makanan di IPD sementara menunggu ahli keluarga atau waris terdekat tampil. Selepas 30 minit berlalu, ibunya telah hadir untuk menuntut kembali anaknya," ujar beliau.

Hasil siasatan mendapati, kanak-kanak perempuan tersebut 'terpisah' dengan ibu bapanya ketika keluar berseorangan dari rumah.

Beliau turut menasihati para ibu bapa agar lebih berhati-hati dengan memantau pergerakan anak masing-masing supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Polis Daerah Tawau

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, sitting
Image may contain: one or more people and people sitting
Image may contain: 5 people, people standing
ArticlePublished 03 Jul 2020 2.34 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM