Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Penganggur Gagal Bayar Denda Kerana Hina Agong

Diterbitkan: 03 Jul 2020 3.01 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 3 Julai 2020 - Seorang penganggur menggigil serta hampir rebah apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM27,000 atau penjara sembilan bulan kerana membuat hantaran jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menggunakan profil Facebook palsu milik seorang wanita.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-penganggur-gagal-bayar-denda-kerana-hina-agong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:30 MYT

Kuala Lumpur, 3 Julai 2020 - Seorang penganggur menggigil serta hampir rebah apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM27,000 atau penjara sembilan bulan kerana membuat hantaran jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menggunakan profil Facebook palsu milik seorang wanita.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Sahril Zainudin, 26, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Hasil semakan media, sehingga jam 5 petang, OKS masih tidak membayar denda tersebut dan dihantar ke Penjara Kajang.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM9,000 atau tiga bulan penjara atas kesalahan menghantar komunikasi jelik dan RM18,000 atau penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan akaun Facebook palsu.

Dalam penghakimannya, Edwin berkata mahkamah mengambil kira bahasa dan adat serta hantaran keterlaluan yang telah menghina dan menjatuhkan Agong sebagai raja berpelembagaan.

“Tindakan OKS juga yang mewujudkan akaun palsu dengan menggunakan nama Fatin Aslinda Abu Talib, 31, untuk membuat hantaran itu telah banyak mendatangkan kemudaratan dan menganiayai wanita itu,” katanya.

Beliau berkata penyalahgunaan media sosial seperti ini yang dilakukan oleh OKS dipandang berat kerana penama iaitu Fatin telah menerima ugutan culik dan rogol daripada orang awam yang tidak dikenalinya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1857088

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 03 Jul 2020 3.01 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM