Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Op Mabuk Lima Lelaki Ditahan Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol

Diterbitkan: 09 Aug 2020 3.13 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 9 Ogos 2020 – Polis menahan lima individu memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di beberapa lokasi di daerah Petaling Jaya, Selangor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-op-mabuk-lima-lelaki-ditahan-memandu-di-bawah-pengaruh-alkohol
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:35 MYT

Petaling Jaya, 9 Ogos 2020 – Polis menahan lima individu memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di beberapa lokasi di daerah Petaling Jaya, Selangor.

Dalam operasi yang dilakukan sejak Jumaat lepas, seramai 625 orang pengguna jalan raya dan 577 buah kenderaan telah diperiksa oleh pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal fokus utama operasi dilaksanakan adalah membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

"Sebanyak 65 individu telah disaman atas pelbagai kesalahan lalu lintas manakala lima lelaki yang berumur lingkungan 22 hingga 48 tahun telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987", katanya lagi.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: one or more people, people standing, motorcycle and outdoor
ArtikelDiterbitkan 09 Aug 2020 3.13 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM