
Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Op Mabuk Lelaki Ditahan Gagal Ujian Alkohol
Kulai, 16 Jun 2020 – Seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol telah ditahan dalam Op Mabuk yang dijalankan di sekitar daerah itu, malam tadi.
Lelaki berkenaan didapati gagal mematuhi kandungan alkohol yang dibenarkan selepas dia diarah menjalani ujian saringan pernafasan dalam operasi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai itu.
Dia kemudiannya dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Polis Daerah Kulai
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN