Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Op Benteng Tali Barut Seludup Pati Ditahan

Diterbitkan: 06 Jul 2020 3.22 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sabak Bernam, 6 Julai 2020 - Lelaki warga tempatan yang menjadi 'tali barut' menguruskan kemasukan warga asing ke negara ini ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih di Jeti Seng Lee, Sekinchan, Sabak Bernam, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-op-benteng-tali-barut-seludup-pati-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:27 MYT

Sabak Bernam, 6 Julai 2020 - Lelaki warga tempatan yang menjadi 'tali barut' menguruskan kemasukan warga asing ke negara ini ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih di Jeti Seng Lee, Sekinchan, Sabak Bernam, hari ini.

Menerusi Op Benteng COVID-19, turut ditahan tiga lelaki warga Indonesia dipercayai tekong laut dan dua lelaki warga Indonesia yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki warga tempatan berusia 32 tahun itu adalah nelayan di kawasan sekitar dan melakukan perkhidmatan membawa masuk PATI.

"Mereka didapati menggunakan bot nelayan untuk membawa masuk PATI ke negara ini.

"Polis merampas bot nelayan pukat tunda kelas B bersama enjin, dua pukat tunda, satu telefon pintar dan wang tunai rupiah Indonesia berjumlah RP1.2 juta (RM355)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Sekinchan bagi membantu siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1962.

Katanya, masyarakat digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang terutama kes jenayah serta penyeludupan manusia dan bahan terlarang.

Sumber: Batalion 4 PGA dan Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

No photo description available.

Image may contain: one or more people, text that says 'GAMBAR TANGKAPAN'
ArtikelDiterbitkan 06 Jul 2020 3.22 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM