Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Mulakan Siasatan Dokumentari Burukkan Negara

Diterbitkan: 07 Jul 2020 2.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 7 Julai 2020 - Polis memulakan siasatan terhadap media antarabangsa Al Jazeera susulan penyiaran satu dokumentari yang didakwa berniat memburuk-burukkan Malaysia ketika mengendalikan wabak COVID-19 membabitkan warga asing di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-polis-mulakan-siasatan-dokumentari-burukkan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:17 MYT
Kuala Lumpur, 7 Julai 2020 - Polis memulakan siasatan terhadap media antarabangsa Al Jazeera susulan penyiaran satu dokumentari yang didakwa berniat memburuk-burukkan Malaysia ketika mengendalikan wabak COVID-19 membabitkan warga asing di negara ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan dilakukan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur susulan laporan yang diterima daripada Jabatan Imigresen sebelum ini.
"Siasatan dilakukan susulan satu laporan polis yang diterima daripada pihak Jabatan Imigresen yang dibuat di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pada awal Jun lalu.
"Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Dalam pada itu beliau berkata, polis menerima satu lagi laporan daripada seorang individu berhubung isu sama, semalam.
"Laporan itu dibuat oleh seorang wanita di Balai Polis Presint 7 Putrajaya, kira-kira jam 9 pagi tadi (semalam).
"Kita sudah pun merakam keterangan pengadu dan beliau membuat laporan itu selepas menonton video dokumentari berkenaan di laman YouTube," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Mulakan Siasatan Dokumentari Burukkan Negara
ArtikelDiterbitkan 07 Jul 2020 2.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM