Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Pkp 85 Hari Bertugas Tanpa Henti Sarjan Azahar Lega Dapat Sambut Hari Jadi Anak

Diterbitkan: 10 Jun 2020 3.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 10 Jun 2020 - "Alhamdulillah. Lega. Segala tugasan Op COVID berakhir malam ini. Dapatlah saya menyambut hari lahir anak bongsu yang ke-11 Jumaat ini."
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-pkp-85-hari-bertugas-tanpa-henti-sarjan-azahar-lega-dapat-sambut-hari-jadi-anak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:31 MYT

Alor Setar, 10 Jun 2020 - "Alhamdulillah. Lega. Segala tugasan Op COVID berakhir malam ini. Dapatlah saya menyambut hari lahir anak bongsu yang ke-11 Jumaat ini."

Demikian luahan Sarjan Azahar Ayub, 54 tahun, Penolong Pegawai Penyiasat yang bertugas di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Selepas bertugas selama 85 hari tanpa henti, beliau merupakan antara yang paling gembira apabila dua sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini ditutup sepenuhnya jam 12 malam tadi.

Katanya, anak bongsunya, Mohd Aniq Hanafi Azahar, 11 tahun, tidak henti menghubunginya sebaik mengetahui malam tadi adalah malam terakhir dia bertugas di SJR tersebut.

Sarjan Azahar juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi menyambut hari lahirnya di sekatan Plaza Tol Alor Setar Selatan pada 28 Mei lalu.

Malah, malam tadi juga, Sarjan Azahar bertuah apabila seorang jururawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berhenti di sekatan itu semata-mata untuk menghadiahkan kek bertulis 'TQ Frontliners' kepadanya di atas pengorbanan mereka membantu memutuskan rantaian COVID-19.

Bacaan lanjut pada pautan seperti berikut, http://www.astroawani.com/…/pkp-85-hari-bertugas-tanpa-hent…

Sumber: Astro Awani

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2020 3.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM