
Pkpp Covid 19 Pic Of The Day Pemantauan Pematuhan Sop Oleh Pdrm Atm Dan Rela
Sepasukan pegawai dan anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjalankan penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan rondaan di daerah Klang Selatan, Selangor, Penampang, Sabah serta lain-lain lokasi di sekitar kedua-dua negeri tersebut bagi memastikan masyarakat sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ayuh rakyat Malaysia! Kita sahut seruan kerajaan melalui KKM supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19.
Sumber: Facebook Polis Selangor dan Polis Sabah
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN