
Posting Pilihan Kunjungan Hormat Pengarah Jlog Ke Ipk Perak
Ipoh, 10 Oktober 2020 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Dato’ Goh Boon Keng di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, semalam.
Kehadiran beliau yang disambut oleh para pegawai kanan IPK Perak adalah bersempena pemeriksaan balai mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 bagi Kontinjen Perak.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am) JLog, SAC Tuan Gilberd Philip Layang, Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah dan para pegawai kanan IPK Perak.
Sumber: Polis Perak