
Pkpp Covid 19 Pesanankhidmatmasyarakat Aduhai Janganlah Dirosakkan Khazanah Negara Wahai Rakyat Malaysia
Setelah hampir tiga bulan kita tidak dapat beriadah di tempat terbuka, akhirnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membenarkan semula aktiviti tersebut mengikut garisan panduan yang ditetapkan.
Namun sedihnya, selama kita ‘bermuhasabah diri’ dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nampaknya ia masih belum cukup untuk mendidik segelintir masyarakat untuk menghargai alam semulajadi.
Perbuatan membuang sampah merata-rata yang dirakam di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini ternyata mengecewakan. Sikap tidak bermoral itu bukan sahaja menyakitkan mata, malah mencemarkan keindahan pantai berkenaan.
Aduhai, janganlah dirosakkan khazanah negara wahai rakyat Malaysia. Hargai dan jagalah harta yang Tuhan berikan ini (termasuk semua pantai dan pulau di seluruh negara) dengan sebaiknya.
Dan sekiranya anda terlihat sesiapa yang cuba melakukan kerosakan, tegur dan nasihatilah mereka secara baik. Ini adalah tanggungjawab kita bersama demi warisan buat anak cucu di kemudian hari.
Sumber gambar: Negeri Sembilan kini
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN