Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Penghargaan Pasukan Buat Wira Negara Ibu Ayah Koperal Safwan Terima Pangkat Arwah Anak

Diterbitkan: 19 Jun 2020 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ipoh, 19 Jun 2020 - Perkhabaran duka yang diterima pada hening pagi 3 Mei 2020, begitu merobek hati pasangan suami isteri, Encik Mohamad Ismail Othman dan Puan Noriza Mat Sani. Anak yang selama ini menjadi harapan dan tulang belakang keluarga, hilang sekelip mata tanpa sempat ucap perpisahan buat ayahanda serta bonda tercinta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-penghargaan-pasukan-buat-wira-negara-ibu-ayah-koperal-safwan-terima-pangkat-arwah-anak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:39 MYT
#PKPP #COVID-19

PENGHARGAAN PASUKAN BUAT WIRA NEGARA: IBU AYAH KOPERAL SAFWAN TERIMA PANGKAT ARWAH ANAK

Ipoh, 19 Jun 2020 - Perkhabaran duka yang diterima pada hening pagi 3 Mei 2020, begitu merobek hati pasangan suami isteri, Encik Mohamad Ismail Othman dan Puan Noriza Mat Sani. Anak yang selama ini menjadi harapan dan tulang belakang keluarga, hilang sekelip mata tanpa sempat ucap perpisahan buat ayahanda serta bonda tercinta.

Tidak pernah sesekali menyalahkan takdir, malah mereka redha dengan pemergian anakanda ketika berjihad untuk negara. Namun, perasaan kedua pasangan itu sedikit kecewa kerana nyawa Koperal Safwan diragut oleh tangan si pemandu pemabuk tidak berguna.

Allahyarham Koperal Safwan terkorban selepas mengalami kecederaan parah dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki mabuk ketika menjalankan tugas sekatan jalan raya Op COVID-19 berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), kira-kira jam 2 pagi, 3 Mei lalu. 

Sesungguhnya beliau hanya seorang anggota polis biasa yang ikhlas menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat, namun kematian anak muda berusia 31 tahun itu diangkat begitu mulia di sisi Sang Pencipta. Bukan sahaja keluarga, malah seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan rakyat Malaysia turut bersedih dengan tragedi yang menimpa wira negara itu. 

Sebagai tanda penghargaan negara dan PDRM terhadap jasa serta pengorbanan Allahyarham Koperal Safwan semasa hayatnya, satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna telah diadakan di Dewan Mes Pegawai Kanan, Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), hari ini. 

Encik Mohamad Ismail dan Puan Noriza yang diberi penghormatan tersebut ternyata sebak apabila dijemput oleh pengacara majlis untuk naik ke pentas bagi menerima pangkat Sarjan "posthumous" secara medan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin.

Perasaan sayu dan pilu itu turut dirasai oleh para hadirin yang nyata masih bersedih dengan peristiwa menimpa Allahyarham.

Selain menerima kelengkapan seragam Anggota Pangkat Rendah berupa sebatang tongkat, selempang dan pangkat Sarjan yang diletakkan dalam bingkai gambar, kedua pasangan turut menerima skim ex-gratia bencana kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan faedah terbitan buat arwah anak mereka. 

Turut disampaikan ialah sumbangan daripada warga PDRM sendiri yang dikelolakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman sebagai keperluan buat ahli keluarga Allahyarham. 

Hadir sama, Ketua Setiausaha KDN, Dato' Jamil Rakon, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Huzir Mohamed.

Yang turut hadir, Ketua Polis Perak, CP Dato' Razaruddin Hussain, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin dan Komander Briged Utara, SAC Tuan Abd Ghani Mohd Ji.

Allahyarham Koperal Safwan Mohamad Ismail telah memulakan kerjayanya dalam PDRM pada 1 Mei 2009 dengan menjalani Program Latihan Asas Kepolisan selama sembilan bulan di Pusat Latihan Polis Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan.

Setelah tamat menjalani latihan, Allahyarham ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sebelum bertukar ke Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kajang, Selangor.

Allahyarham dikenang sebagai antara wira barisan hadapan negara yang terlibat secara langsung dalam tugas sekatan jalan raya sempena Op COVID-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan sejak 18 Mac lalu. 

Pada hari Jumaat penuh kemuliaan dan keberkatan ini, marilah sama-sama kita mendoakan sekali agar roh Allahyarham Sarjan 171555 Safwan Mohamad Ismail dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada. Al-Fatihah.

Image may contain: 2 people, people standing and text
Ayahanda dan bonda Allahyarham Sarjan Safwan sebak sewaktu menerima pangkat arwah putera kesayangan mereka.

Image may contain: 3 people, people standing
Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin, Ketua Setiausaha KDN, Dato' Jamil Rakon, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador hadir menyempurnakan majlis.

Image may contain: 5 people
Menteri Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin menyampaikan Sumbangan PDRM sebanyak RM 52 ribu ringgit yang diperolehi daripada seluruh Kontinjen PDRM, dikelolakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah kepada Encik Mohamad Ismail Othman.

Image may contain: one or more people, people standing, sky, tree and outdoor
Bergambar kenangan.

Image may contain: 5 people, people standing and indoor
Nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru.

Image may contain: 3 people, people standing
Nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru.
 
 
 
 

Image may contain: 8 people, people standing and indoor
Nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru.
 
 
 
 

Image may contain: 1 person, sitting
Sekitar majis berlangsung,

Image may contain: 2 people, people sitting and suit
Sekitar majis berlangsung,

Image may contain: 2 people
Sekitar majis berlangsung,

Image may contain: one or more people
Ibu dan bapa Allahyarham Sarjan Safwan.

Image may contain: 1 person, standing
Puan Noriza Mat Sani ibu kepada Allahyarham Sarjan Safwan.

Image may contain: 4 people, people standing
Encik Mohamad Ismail Othman menerima sijil dan pangkat Sarjan Posthumous bagi Allahyarham daripada Menteri Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.

Image may contain: 5 people
Sekitar majis berlangsung,
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2020 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM