Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kakitangan Empat Jabatan Dapat Insentif

Diterbitkan: 20 Jun 2020 1.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 20 Jun 2020 – Kakitangan di empat jabatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini layak menerima Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-kakitangan-empat-jabatan-dapat-insentif
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 16:20 MYT

Ipoh, 20 Jun 2020 – Kakitangan di empat jabatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini layak menerima Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan.

Menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, berkata bayaran antara RM500 hingga RM1,500 itu dilakukan mulai bulan ini sebagai penghargaan dan galakan kepada kakitangan yang berkhidmat di pedalaman.

Beliau berkata, empat jabatan itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, mereka akan menerima bayaran setiap bulan.

“Kelulusan ini memberi faedah kepada kira-kira 1,200 pegawai dan anggota yang bertugas di 98 fasiliti jabatan dan agensi KDN.

"Dari segi pecahan, seramai 1,064 orang membabitkan PDRM, JPN (93), JIM (29) dan Rela (14),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja PDRM dan Faedah Terbitan Bagi Allahyarham Koperal Safwan Mohamad Ismail, di Ulu Kinta di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian dan infografik yang disediakan oleh KDN seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
Image may contain: 2 people
ArtikelDiterbitkan 20 Jun 2020 1.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM