Artikel
Pkpp Covid 19 Op Benteng Posting Pilihan Op Libas Pga Rampas Arak Rokok Seludup Bernilai Lebih Rm3 Juta
Komandernya, SAC Tuan Mancha Ata berkata, dalam operasi di Batu 13 Jalan Kuching-Serian sekitar jam 1 pagi, sepasukan anggotanya melakukan pemeriksaan ke atas...
Kuching, 7 Januari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas rokok pelbagai jenama dan minuman keras bernilai lebih RM3 juta menerusi Ops Libas di dua lokasi berasingan, di sini, semalam.
Komandernya, SAC Tuan Mancha Ata berkata, dalam operasi di Batu 13 Jalan Kuching-Serian sekitar jam 1 pagi, sepasukan anggotanya melakukan pemeriksaan ke atas tiga lori mencurigakan yang ditinggalkan di kawasan sebuah bengkel.
"Hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai jenis rokok putih berjumlah 5,000 kartun dianggarkan sejuta batang, 1,610 kotak minuman keras jenis tin dan 87 kotak minuman keras jenis botol.
"Kesemua barang itu kemudian dirampas kerana disyaki belum mendapat kelulusan kastam dan anggaran keseluruhan rampasan termasuk lori adalah berjumlah RM1,348,861.64," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Katanya, lima lelaki warga tempatan ditangkap dalam operasi terbabit untuk membantu siasatan.
"Kesemua tangkapan dan rampasan dibuat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk siasatan lanjut.
"Kes kedua pula dilaporkan di Miri, di mana sebuah premis di King's Park Miri diserbu kerana disyaki dijadikan tempat penyimpanan rokok belum lulus kastam," katanya.
Tuan Mancha berkata, serbuan dilakukan oleh Unit Risik Batalion 12 PGA Miri, jam 5.45 petang dan hasil pemeriksaan menemui pelbagai jenis rokok kretek berjumlah 2,073,600 batang dianggarkan bernilai RM1,700,352.
"Kesemua rokok itu dirampas dan diserahkan kepada IPD Miri untuk siasatan lanjut juga di bawah Akta Kastam 1967.
Sumber: Briged Sarawak dan
Berita Harian Online
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN









