
Article
Pkpp Covid 19 Op Benteng Pdrm Tandatangan Pto Perkukuh Kolaborasi Bersepadu Ntf Kawal Keselamatan Sempadan Negara
Kuala Lumpur, 14 Disember 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui tiga elemen utamanya, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pasukan P...
Kuala Lumpur, 14 Disember 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui tiga elemen utamanya, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pasukan Polis Marin (PPM) menandatangani Prosedur Tetap Operasi (PTO) National Task Force (NTF) dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, pagi tadi.
PDRM telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PGA, DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali bagi komponen darat, Komander PPM, SAC Tuan Haji Mohd Yusoff Mamat (komponen maritim) dan Komander PGU, DCP Dato’ Mohd Hishamudin Tahar (komponen udara).
PTO yang merupakan pelengkap kepada NTF dalam menggariskan halatuju kewujudannya, berperanan mengkoordinasi dan menyelaraskan kerjasama semua agensi bagi melaksanakan operasi bersepadu menerusi Op Benteng.
Sesi menandatangani PTO tadi telah dirasmikan oleh Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM. Manakala antara pucuk pimpinan agensi yang hadir menyaksikan sesi tersebut adalah Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pengarah Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil Mat Som.
Dalam ucapannya, Tan Sri Haji Affendi menegaskan pengoperasian bersepadu antara agensi adalah salah satu cara untuk memperkasakan struktur kawal selia di persempadanan, di samping meningkatkan tahap keberkesanan pengumpulan data, perkongsian dan penyebaran maklumat keselamatan secara menyeluruh dan terkawal.
“NTF sentiasa komited dan berikrar akan memerangi pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) sehingga ke akar umbi seterusnya memperkasa kawalan sempadan negara,” tegas beliau.
Selain ATM, PDRM dan APMM selaku agensi utama di bawah NTF, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan antara agensi lain yang terlibat dalam memelihara kedaulatan dan keamanan tanah air.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah barisan pegawai kanan agensi-agensi di bawah NTF dan pihak media.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Bergambar kenangan.
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia , Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM.
Sekitar bacaan doa.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM menyampaikan ucapan perasmian.
Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia, DCP Dato’ Kasuahdi Ali menandatangani Prosedur Tetap Operasi OP Benteng bagi komponen darat.
Bergambar kenangan.
Komander Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia, SAC Tuan Haji Mohd Yusoff Mamat menandatangani Prosedur Tetap Operasi OP Benteng bagi komponen maritim.
Bergambar kenangan.
Komander Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia, DCP Dato’ Mohd Hisyamudin Tahar menandatangani Prosedur Tetap Operasi OP Benteng bagi komponen udara.
Bergambar kenangan.
Pengacara majlis.
Sidang media.