Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Pdrm Sertai Pertandingan Menembak Bersama 18 Agensi Ntf

Diterbitkan: 12 Dec 2020 8.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Disember 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani mengetuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Pertandingan Latihan Kemahiran Menembak National Task Force (NTF) Op Benteng di bawah “Professional Interaction Program” (PIP) yang berlangsung di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-pdrm-sertai-pertandingan-menembak-bersama-18-agensi-ntf
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:57 MYT
Kuala Lumpur, 12 Disember 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani mengetuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Pertandingan Latihan Kemahiran Menembak National Task Force (NTF) Op Benteng di bawah “Professional Interaction Program” (PIP) yang berlangsung di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini, pagi tadi.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan dalam acara yang julung kali diadakan itu iaitu ‘center fire’ (individu) dan ‘falling plate’ (berkumpulan) dengan melibatkan 30 pucuk pimpinan daripada 19 agensi kerajaan yang bernaung di bawah NTF.

Antara objektif utama pertandingan tersebut diadakan adalah untuk menguji kemahiran para peserta mengendalikan senjata api selain mengeratkan lagi hubungan sesama para peserta.

Selain PDRM, beberapa agensi lain di bawah NTF yang turut mengambil bahagian termasuklah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Dalam kategori ketepatan individu, johan dirangkul oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang memperoleh markah 189 mata, diikuti naib johan, Ketua Pengarah JIM, Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud yang memperoleh markah 185 mata dan tempat ketiga, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Am) PDRM, DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali dengan markah 153 mata.

Bagi kategori berkumpulan pula, johan dirangkul oleh Kumpulan Satu yang diketuai Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM manakala naib johan disandang oleh Kumpulan Dua yang diketuai Dato’ Sri Acryl Sani diikuti Kumpulan Tiga yang diketuai oleh Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar di tempat ketiga.

Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi yang mewakili ATM dan Dato’ Sri Acryl Sani yang mewakili PDRM diiringi Komander NTF selaku Penganjur PIP Latihan Tembak NTF, Laksamana Madya Dato' Aris Adi Tan Abdullah.

Terdahulu sebelum bermulanya pertandingan, para peserta telah diberi penerangan berkaitan keselamatan dan pengendalian senjata api oleh barisan Urus Setia Pertandingan daripada Cawangan Lapang Sasar Briged Tengah PGA sendiri.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Dato’ Johari Alifiah, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas) PDRM, DCP Dato’ Mastor Mohd Ariff dan barisan ketua jabatan dan ketua agensi dari pelbagai agensi di bawah NTF.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Para peserta Pertandingan Latihan Kemahiran Menembak National Task Force (NTF) Op Benteng bergambar kenangan.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor
Sekitar Pertandingan Latihan Kemahiran Menembak National Task Force (NTF) Op Benteng di bawah “Professional Interaction Program” (PIP) bagi kategori "falling plate" (berkumpulan) yang berlangsung di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras.

Image may contain: 4 people, people standing
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 2 people, outdoor
Sekitar Pertandingan Latihan Kemahiran Menembak National Task Force (NTF) Op Benteng di bawah “Professional Interaction Program” (PIP) bagi kategori "center fire" (individu) yang berlangsung di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras.

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: 5 people, people standing and outdoor, text that says 'BAY'
Sekitar Pertandingan Latihan Kemahiran Menembak National Task Force (NTF) Op Benteng di bawah “Professional Interaction Program” (PIP) bagi kategori "center fire" (individu) yang berlangsung di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras.

Image may contain: one or more people, people standing, phone and outdoor
Sekitar Pertandingan Latihan Kemahiran Menembak National Task Force (NTF) Op Benteng di bawah “Professional Interaction Program” (PIP) bagi kategori "center fire" (individu) yang berlangsung di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras.

Image may contain: one or more people and outdoor
Sekitar Pertandingan Latihan Kemahiran Menembak National Task Force (NTF) Op Benteng di bawah “Professional Interaction Program” (PIP) bagi kategori "falling plate" (berkumpulan) yang berlangsung di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras.

Image may contain: 2 people
Sekitar Pertandingan Latihan Kemahiran Menembak National Task Force (NTF) Op Benteng di bawah “Professional Interaction Program” (PIP) bagi kategori "falling plate" (berkumpulan) yang berlangsung di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras.

Image may contain: 5 people, people standing and outdoor
Peserta yang menyertai latihan menembak mengambil tempat bagi aturcara angkat sumpah.

Image may contain: 3 people, people standing, screen and indoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menyampaikan hadiah kepada johan bagi kategori "center fire" (individu) dirangkul oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang memperoleh markah 189 mata.

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menyampaikan hadiah kepada naib johan kategori "center fire" (individu) dirangkul oleh Ketua Pengarah JIM, Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud yang memperoleh markah 185 mata.

Image may contain: 3 people, people standing and indoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menyampaikan hadiah kepada tempat ketiga kategori "center fire" (individu) dirangkul oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Am) PDRM, DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali dengan markah 153 mata.

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor
Bergambar kenangan.
ArtikelDiterbitkan 12 Dec 2020 8.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM