Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Tiga Kejadian Tembakan Dalam Sebulan Di Lokasi Sama

Diterbitkan: 25 Nov 2020 2.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 25 November 2020 - Tiga kejadian tembakan berlaku dalam tempoh sebulan di kawasan pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand, lokasi dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) diserang awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-tiga-kejadian-tembakan-dalam-sebulan-di-lokasi-sama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:17 MYT
Kuala Lumpur, 25 November 2020 - Tiga kejadian tembakan berlaku dalam tempoh sebulan di kawasan pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand, lokasi dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) diserang awal pagi semalam.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, sebelum kes awal pagi semalam, kejadian yang sama pernah berlaku pada 12 dan 15 November lalu bagaimanapun tiada sebarang kecederaan membabitkan anggota keselamatan yang bertugas di sana.

Ujarnya, hasil siasatan mendapati tembakan itu dilakukan sindiket yang didalangi warga Thailand yang dikenal pasti cuba menyeludup masuk dadah untuk diberikan kepada sindiket tempatan melalui sistem tukar barang di laluan tersebut.

Jelasnya, tembakan tersebut dipercayai dilakukan sindiket bagi memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia susulan kawalan sempadan terutama di Perlis dan Kedah yang ketat sehingga menyebabkan kegiatan penyeludupan menjadi sukar.

Sindiket yang menembak dua anggota PGA pagi tadi merupakan salah satu daripada tujuh sindiket penyeludupan dadah yang dikenal pasti polis di kawasan itu.

"Melalui sistem tukar barang yang dijalankan, daun ketum dan ubat batuk dibawa sindiket tempatan akan diserahkan kepada sindiket Thailand sebelum ditukar dengan pelbagai jenis dadah termasuk heroin dan pil kuda,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Tiga Kejadian Tembakan Dalam Sebulan Di Lokasi Sama
ArtikelDiterbitkan 25 Nov 2020 2.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM