Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Tali Barut Ganggu Usaha Bendung Seludup Pati

Published: 06 Dec 2020 2.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Disember 2020 - Usaha membendung penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi menyekat penularan COVID-19 ke dalam negara ini menjadi keutamaan Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) yang menggabungkan 19 agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-tali-barut-ganggu-usaha-bendung-seludup-pati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT

Kuala Lumpur, 6 Disember 2020 - Usaha membendung penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi menyekat penularan COVID-19 ke dalam negara ini menjadi keutamaan Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) yang menggabungkan 19 agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, usaha itu sering cuba digagalkan oleh tindakan segelintir rakyat negara ini yang menjadi tali barut, bersekongkol dengan sindiket dari negara jiran bagi menyeludup masuk PATI demi mendapatkan habuan mudah.

Itu antara cabaran dihadapi NTF ketika melaksanakan penguatkuasaan kawalan dan rondaan di kawasan maritim serta darat terutama yang bersempadan dengan Malaysia.
Komander NTF, Laksamana Madya Dato' Aris Adi Tan Abdullah, berkata tindakan pengkhianat negara ini turut mengganggu pelaksanaan operasi NTF apabila ada antara maklumat ketika melakukan kawalan dibocorkan kepada dalang di negara asing.

"Ini antara perkara yang mengganggu operasi NTF kerana mereka ini bersubahat dengan ejen membawa masuk PATI ke negara kita. Tindakan mereka ini seolah-olah ingin membunuh rakyat kita sendiri kerana membiarkan jangkitan COVID-19 menular masuk tanpa kita sedari.

"Ada antara pembelot ini mengetahui di mana kita menempatkan aset di laut atau lokasi sekatan jalan raya dan kemudian menghantar maklumat itu kepada anggota sindiket atau tekong darat serta tekong laut yang menyeludup PATI sehinggalah kawalan kita terdedah," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Tali Barut Ganggu Usaha Bendung Seludup Pati
ArticlePublished 06 Dec 2020 2.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM