Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Strategi Kawalan Di Kawasan Sempadan Malaysia Thailand Ditambah Baik

Published: 30 Nov 2020 3.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 30 November 2020 – Penambahbaikan strategi dan rondaan untuk memperkukuhkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden tembakan di kawasan berkenaan baru-baru ini sudah mula dilaksanakan sejak Khamis lalu bagi mengekang jenayah rentas sempadan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-strategi-kawalan-di-kawasan-sempadan-malaysia-thailand-ditambah-baik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:46 MYT

Kuala Lumpur, 30 November 2020 – Penambahbaikan strategi dan rondaan untuk memperkukuhkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden tembakan di kawasan berkenaan baru-baru ini sudah mula dilaksanakan sejak Khamis lalu bagi mengekang jenayah rentas sempadan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar berkata, penambahbaikan berkenaan antaranya membabitkan penugasan rondaan dengan Iebih ramai anggota berbanding sebelum ini.

"Selain itu, pasukan 69 Komando, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, kenderaan berperisai, penggunaan dron dan rondaan melalui helikopter digunakan untuk membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat tinjauan di sempadan," katanya, kelmarin.

Mengulas mengenai penugasan PGA yang masih menggunakan pistol, beliau berkata, penggunaan senjata itu hanya untuk penugasan risikan manakala untuk rondaan, anggota PGA dibekalkan senjata raifal.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Abd Rahim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Thailand untuk membanteras kegiatan penyeludupuan di kawasan sempadan negara.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'Heli ronda bersama Kuala Lumpur Strategi kawalan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand ditambah baik
ArticlePublished 30 Nov 2020 3.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM