Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Hampir 10 Tan Ayam Sejuk Beku

Published: 25 Dec 2020 3.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Rantau Panjang, 25 Disember 2020 - Polis merampas 9,840 kilogram (kg) ayam sejuk beku bernilai hampir RM100,000 di Jalan Banggol Kulim, di sini, awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-hampir-10-tan-ayam-sejuk-beku
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:19 MYT
Rantau Panjang, 25 Disember 2020 - Polis merampas 9,840 kilogram (kg) ayam sejuk beku bernilai hampir RM100,000 di Jalan Banggol Kulim, di sini, awal pagi semalam. Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Tuan Azhari Nusi berkata, dalam kejadian jam 2.59 pagi itu, anggota terserempak sebuah lori yang keluar daripada Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Katanya, polis menahan kenderaan terbabit dan meminta pemandu berusia 24 tahun berasal dari Machang itu, mengemuka dokumen pengenalan diri dan invois muatan yang dibawa. "Setelah diperiksa, dokumen yang dikemuka dengan kuantiti kotak di dalam lori terbabit meragukan. Polis menahan pemandu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kuantiti jumlah kotak yang berisi ayam sejuk beku melebihi daripada jumlah dokumen," katanya. Tuan Azhari berkata, anggota merampas semua lebihan kotak yang berisi ayam sejuk beku, manakala yang diisytiharkan dipulangkan kepada pemilik seperti jumlah yang dinyatakan di dalam dokumen.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArticlePublished 25 Dec 2020 3.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM