Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pga Gerak 500 Anggota Di Sempadan

Diterbitkan: 27 Nov 2020 7.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Padang Besar, 27 November 2020 - Pasukan Gerakan Am (PGA) mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dengan mengerakkan kira-kira 500 anggota daripada pelbagai unit bagi mempertahankan sempadan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-pga-gerak-500-anggota-di-sempadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:27 MYT

Padang Besar, 27 November 2020 - Pasukan Gerakan Am (PGA) mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dengan mengerakkan kira-kira 500 anggota daripada pelbagai unit bagi mempertahankan sempadan negara.
Komander PGA Briged Utara, SAC Tuan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, selain 314 kekuatan daripada Batalion 3 yang sedia ada melakukan kawalan, pihaknya turut menggerakkan unit berkuda melibatkan empat ekor kuda, unit udara, unit kereta perisai sebanyak tiga unit dan mendapat bantuan daripada anggota 69 Komando (VAT69).
Katanya, PGA turut menggerakkan unit elitnya, Tiger Platoon dari Batalion 1 yang dijangka tiba di Perlis hari ini untuk membuat rondaan pembersihan di lokasi kejadian tembakan yang mengorbankan seorang anggotanya berhampiran pos TS9 kelmarin.
“Tiger Platoon memulakan tugas mereka semalam untuk membuat pembersihan di kawasan kejadian sehingga hari ini. Di samping itu, satu lagi pasukan persenjataan juga akan tiba hari ini untuk mengesan senjata di kawasan terbabit.
“Kawasan liputan kawalan kami meliputi keluasan kira-kira 106 kilometer iaitu sepanjang Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga ke Bukit Batu Putih, Kuala Perlis. Saya juga telah mengarahkan anggota yang membuat pemeriksaan untuk tidak berseorangan dan sentiasa bersama rakan sepasukan,” katanya ketika ditemui pemberita di pos PB11 dekat sini semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pga Gerak 500 Anggota Di Sempadan
ArtikelDiterbitkan 27 Nov 2020 7.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM