
Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Penyeludup Menyamar Jadi Sukarelawan Pekebun Intip Sempadan Negara
Kuala Lumpur, 1 Disember 2020 - Hanya bermodalkan RM80, penyeludup mampu membina puluhan lorong tikus dengan memotong pagar duri menggunakan pemotong dawai.
Lebih mengejutkan, sindiket didalangi warga Thailand itu turut menjadi anggota sukarelawan keselamatan dan menyamar sebagai pekebun di kawasan sempadan negara.
Itu antara modus operandi yang dilakukan sindiket penyeludupan dadah dan ketum bagi mengesan pergerakan pasukan keselamatan negara.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pegawai Pemerintah Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq, Superintendan Rosman Kasman berkata, di kawasan pagar berduri, mereka akan membina laluan tikus dekat dengan jalan raya utama di negara jiran selain menggunakan kenderaan pancuan empat roda atau motosikal.
"Jika laluan 'clear', mereka akan masuk bersama barang seludup menghampiri sempadan. Ada juga barang akan ditinggalkan di satu tempat transit sebelum diambil rakan seludup lain.
"Penyeludup tempatan dan Thailand dikesan berkomunikasi menggunakan alat perhubungan walkie-talkie atau telefon bimbit," katanya di sini semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.
Sumber: Utusan Malaysia
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN