Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Tujuh Pati Ditahan Cuba Mendarat Guna Bot Nelayan

Diterbitkan: 05 Jul 2020 2.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kangar, 5 Julai 2020 - Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan polis dalam Op Benteng selepas masuk ke negara ini dengan sebuah bot nelayan, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-tujuh-pati-ditahan-cuba-mendarat-guna-bot-nelayan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:31 MYT

Kangar, 5 Julai 2020 - Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan polis dalam Op Benteng selepas masuk ke negara ini dengan sebuah bot nelayan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, penahanan mereka yang berusia antara 30 hingga 55 tahun itu dilakukan sejurus bot nelayan terbabit berlabuh di Pangkalan Kecil Tandop Sungai Bahru, kira-kira jam 1 pagi.

Beliau berkata, pihaknya menyedari kehadiran bot nelayan terbabit selepas terserempak dengan kumpulan itu ketika melakukan rondaan di kawasan sekitar.

"Pada awalnya, mereka memberi alasan ingin menangkap ikan namun pemeriksaan di dalam bot tidak menemui sebarang peralatan menangkap ikan.

"Hasil soal siasat awal secara berasingan ke atas mereka juga mengelirukan kerana sebahagian daripada mereka mendakwa sedang berlayar ke Satun, Thailand, manakala sebahagian lagi mendakwa ingin masuk ke negara ini, namun tiada sebarang dokumen perjalan yang sah" katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, semalam.

Semua mereka direman selama 14 hari bermula semalam, mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan turut dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi menjalani saringan COVID-19.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Tujuh Pati Ditahan Cuba Mendarat Guna Bot Nelayan

ArtikelDiterbitkan 05 Jul 2020 2.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM