Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kes Buku Kontroversi 2 Individu Terbabit Diambil Keterangan

Diterbitkan: 05 Jul 2020 1.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 Julai 2020 – Polis sudah mengambil keterangan pereka gambar dan penerbit buku kontroversi Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang didakwa menghina Jata Negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-buku-kontroversi-2-individu-terbabit-diambil-keterangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:58 MYT

Kuala Lumpur, 5 Julai 2020 – Polis sudah mengambil keterangan pereka gambar dan penerbit buku kontroversi Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang didakwa menghina Jata Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed berkata, polis mungkin memanggil saksi lain bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan/ Perundangan) JSJ Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, pereka gambar dan penerbit itu masing-masing hadir ke Bukit Aman, Khamis lalu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 30 Jun lalu untuk memberikan keterangan.

Pada 30 Jun lalu polis menyerbu pejabat sebuah syarikat penerbitan yang dikaitkan dengan siasatan kes itu di Seksyen 11, Petaling Jaya.

Setakat ini, polis sudah menerima 32 laporan berhubung isu itu daripada pelbagai pihak di seluruh negara. Buku berkenaan menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak apabila menggunakan imej seperti Jata Negara yang diubah suai.

Sumber: Berita Harian

Image may contain: 1 person, text

ArtikelDiterbitkan 05 Jul 2020 1.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM