
Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Redah Laut Untuk Seludup Ke Negara Ini
Sabak Bernam, 14 September 2020 – Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup membahayakan diri dengan meredah air laut sejauh 300 meter semata-mata mahu memasuki negara ini.
Walau bagaimanapun, tindakan 20 PATI itu hanya sia-sia apabila mereka ditahan di Sungai Nipah, Haji Dorani, Sungai Besar di sini semalam.
Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 41 tahun itu ditahan oleh anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih kira-kira pukul 12.30 pagi.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, kesemua PATI warga Indonesia itu dibawa oleh sindiket ke negara ini melalui jalan laut.
Kesemua PATI kemudiannya disaring ujian COVID-19 dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
Sumber: Sinar Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN