Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Perketat Operasi Benteng Kawal Sempadan Elak Dibolosi

Published: 25 Aug 2020 3.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga memeriksa 29,777 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama di lorong tikus dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-perketat-operasi-benteng-kawal-sempadan-elak-dibolosi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:30 MYT

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2020 – Pihak berkuasa terus mengukuhkan operasi kawalan sempadan dengan mengadakan 53 sekatan jalan raya menerusi Operasi Benteng di seluruh negara, kelmarin.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga memeriksa 29,777 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama di lorong tikus dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong tikus," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menyentuh operasi sanitasi awam, beliau berkata, enam operasi sanitasi dilaksana kelmarin, membabitkan enam zon hijau empat negeri iaitu Sabah (dua operasi), Kedah (dua operasi) dan masing-masing satu di Pahang serta Perak.

"Operasi sanitasi ini membabitkan 14 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 68 daripada agensi lain. Dua jentera JBPM turut terbabit dalam operasi itu," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Berita Harian seperti berikut.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Perketat Operasi Benteng Kawal Sempadan Elak Dibolosi

ArticlePublished 25 Aug 2020 3.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM