Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Lubang Tikus Bolos Sempadan Dikesan

Diterbitkan: 05 Sep 2020 3.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kewujudan lubang tikus itu dikesan Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkalan di Pangkalan Hulu, Perak sejak mengambil alih tugasan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Kedah dan Perlis melalui Op Benteng/COVID-19 sejak Selasa lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-lubang-tikus-bolos-sempadan-dikesan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:31 MYT
Bukit Kayu Hitam, 5 September 2020 - Lebih 20 'lubang tikus' dikesan pada pagar sempadan memisahkan Malaysia dan Thailand, dekat sini, dipercayai dipotong penjenayah untuk penyeludupan.

Kewujudan lubang tikus itu dikesan Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkalan di Pangkalan Hulu, Perak sejak mengambil alih tugasan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Kedah dan Perlis melalui Op Benteng/COVID-19 sejak Selasa lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintendan Abd Razak Md Din berkata, lokasi kawat duri di kawasan sempadan dipotong biasanya dikesan di sepanjang laluan keselamatan dari Bukit Kayu Hitam di Kedah ke Padang Besar di Perlis.

Terbaharu, katanya ketika tinjauan semalam pihaknya menemui kesan tayar pacuan empat roda (4WD) selain pokok ditebang untuk membuka laluan dari arah semak menuju pagar sempadan, sekali gus membongkar aktiviti penyeludupan bahan terlarang di kawasan itu.

Beliau berkata, pihaknya percaya kemungkinan penyeludup menyedari kehadiran anggota di kawasan itu, menyebabkan mereka berpatah balik untuk mengelak ditahan.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian berikut.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Lubang Tikus Bolos Sempadan Dikesan
ArtikelDiterbitkan 05 Sep 2020 3.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM