
Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Kolaborasi 19 Agensi Keselamatan Senjata Ampuh Ntf
Kuala Lumpur, 8 Disember 2020 - Penggabungan 19 agensi kerajaan dalam pasukan National Task Force (NTF) yang diwujudkan pada hujung April lalu, bagi membendung pendatang asing tanpa izin (PATI), jenayah rentas sempadan dan mengekang penularan pandemik COVID-19 ke dalam negara adalah langkah serta pada masa yang tepat.
Komposisi atur gerak penugasan kawalan dan rondaan secara bersepadu melalui Operasi Benteng (Op Benteng), sama ada di kawasan maritim, darat dan udara memastikan setiap laluan masuk ke negara ini dapat dikawal daripada sebarang elemen pencerobohan dan penyeludupan ke dalam negara.
Ini selaras dengan enam objektif utama NTF dalam bentuk 6 P iaitu Pencegahan, Pengesanan, Penghindaran, Pelencongan, Penahanan dan Pengusiran.
Komander National Task Force, Laksamana Madya, Datuk Aris Adi Tan Abdullah, berkata, terdapat tiga komponen utama dalam NTF yang diselaraskan melalui operasi keselamatan dan penguatkuasaan membabitkan semua agensi kerajaan secara bersepadu.
"Dalam NTF ini, ATM dilantik sebagai 'lead agency' dan ia menggabungkan semua agensi penguatkuasaan daratan dan maritim negara melalui tiga komponen utama, iaitu dari segi pelaksanaan penugasan di darat dalam bentuk Land Component Commander (LCC), laut Maritime Component Commander (MCC) dan udara melalui Air Component Commander (ACC).
"NTF juga berperanan mengkoordinasikan Op Benteng yang juga operasi khusus, diselaras secara bersepadu oleh NTF.
"Ia membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi lain," katanya pada wawancara khas bersama BH, baru-baru ini.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian berikut.
Sumber: Berita Harian Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN