Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Kerajaan Cadang Guna Dron Radar Kawal Sempadan

Published: 20 Jul 2020 4.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kerajaan bercadang menggunakan peralatan canggih seperti dron dan radar sebagai langkah meningkatkan tahap kawalan keselamatan sempadan negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-kerajaan-cadang-guna-dron-radar-kawal-sempadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:44 MYT

Jeli, 20 Julai 2020 - Kerajaan bercadang menggunakan peralatan canggih seperti dron dan radar sebagai langkah meningkatkan tahap kawalan keselamatan sempadan negara.

Penyediaan aset canggih itu dilihat menjadi satu keperluan terutama membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato' Seri Dr. Ismail Mohamed Said, berkata pelan menambah baik aset kawalan sempadan negara mengguna dron atau teknologi bersesuaian kini sedang diteliti pihak kerajaan.

"Kerajaan sedar keperluan untuk menambah baik aset dan sistem kawalan diperlukan agensi keselamatan. Perbincangan sama ada perlu menggunakan radar atau dron seperti dicadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang diteliti.

"Difahamkan negara jiran menggunakan kamera litar tertutup (CCTV), dron dan radar yang cukup canggih bagi mengawal keselamatan sempadan, maka kita juga perlu membuat persiapan sama.

"Ia supaya sempadan negara dapat diawasi dengan lebih ketat dan anggota yang bertugas bekerja dalam keadaan penuh siap siaga," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti berikut:-

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Kerajaan Cadang Guna Dron Radar Kawal Sempadan

ArticlePublished 20 Jul 2020 4.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM