Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Kerajaan Cadang Guna Dron Radar Kawal Sempadan
Jeli, 20 Julai 2020 - Kerajaan bercadang menggunakan peralatan canggih seperti dron dan radar sebagai langkah meningkatkan tahap kawalan keselamatan sempadan negara.
Penyediaan aset canggih itu dilihat menjadi satu keperluan terutama membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato' Seri Dr. Ismail Mohamed Said, berkata pelan menambah baik aset kawalan sempadan negara mengguna dron atau teknologi bersesuaian kini sedang diteliti pihak kerajaan.
"Kerajaan sedar keperluan untuk menambah baik aset dan sistem kawalan diperlukan agensi keselamatan. Perbincangan sama ada perlu menggunakan radar atau dron seperti dicadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang diteliti.
"Difahamkan negara jiran menggunakan kamera litar tertutup (CCTV), dron dan radar yang cukup canggih bagi mengawal keselamatan sempadan, maka kita juga perlu membuat persiapan sama.
"Ia supaya sempadan negara dapat diawasi dengan lebih ketat dan anggota yang bertugas bekerja dalam keadaan penuh siap siaga," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti berikut:-
Sumber: Berita Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
