Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Ibarat Nyawa Di Hujung Tanduk

Published: 25 Aug 2020 3.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
“Nyawa kami ibarat berada di hujung tanduk," kata Ketua Polis Kelantan, DCP Tuan Shafien Mamat ketika mendedahkan ancaman dihadapi anggota polis yang mengawal aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-ibarat-nyawa-di-hujung-tanduk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:34 MYT

Kota Bharu, 25 Ogos 2020 – “Nyawa kami ibarat berada di hujung tanduk," kata Ketua Polis Kelantan, DCP Tuan Shafien Mamat ketika mendedahkan ancaman dihadapi anggota polis yang mengawal aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.

Menurutnya, modus operandi penyeludup kini semakin licik malah cukup berani bertindak melepaskan tembakan terhadap pihak berkuasa kerana berang kegiatan mereka dihalang.

"Kejadian anggota hampir terkena tembakan oleh penyeludup seperti berlaku di pangkalan haram Poksu Kamal di Kampung Bendang Besar, Tanah Merah pada Rabu minggu lalu sesuatu yang serius " katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Lembaga Pengarah Karangkraf merangkap Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan semalam.

Tuan Shafien berkata, cabaran dihadapi anggota barisan hadapan di sempadan itu perlu diberi perhatian dan diharapkan langkah menaik taraf penjawatan kontinjen dalam tempoh terdekat dapat meringankan beban dihadapi.

"Senario di Kelantan berbeza kerana kedudukannya bersempadan dengan Thailand dan dipisahkan oleh Sungai Golok pada jarak terlalu hampir dengan tebing," katanya.

Beliau turut memberitahu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan akibat ancaman koronavirus (COVID-19) secara tidak langsung menurunkan 25 peratus kadar indeks jenayah di Kelantan tahun ini yang mencatatkan penurunan sebanyak 494 kes iaitu daripada 1,979 kes dalam tempoh Januari sehingga Julai tahun lalu kepada 1,485 kes bagi tempoh sama tahun ini.

Tambah Tuan Shafien, beliau juga sentiasa turun padang memantau keadaan keselamatan di negeri ini bersama ketua-ketua jabatan dan ketua polis daerah serta anggota seliaan dalam membanteras kegiatan jenayah.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Sinar Harian seperti berikut.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Ibarat Nyawa Di Hujung Tanduk

ArticlePublished 25 Aug 2020 3.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM