Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Operasi Kawalan Secara Bersepadu Di Sempadan Utara Negara Mulai Januari 2021

Diterbitkan: 12 Dec 2020 1.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bukit Kayu Hitam, 12 Disember 2020 - Operasi kawalan sempadan di bahagian utara Semenanjung tanah air akan dilaksanakan secara bersepadu termasuk dari segi rondaan kawasan oleh semua agensi keselamatan yang berkaitan, mulai Januari tahun depan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-operasi-kawalan-secara-bersepadu-di-sempadan-utara-negara-mulai-januari-2021
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:37 MYT

Bukit Kayu Hitam, 12 Disember 2020 - Operasi kawalan sempadan di bahagian utara Semenanjung tanah air akan dilaksanakan secara bersepadu termasuk dari segi rondaan kawasan oleh semua agensi keselamatan yang berkaitan, mulai Januari tahun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu yang membabitkan tiga agensi iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) adalah antara penambahbaikan yang akan dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan kawalan.

"Sekarang ini dari segi kawalan kita bahagikan kawasan, sebagai contoh kawasan di sini dijaga oleh ATM di bawah Op Pagar 2 dan di kawasan lain pula dijaga oleh PDRM (di bawah Pasukan Gerakan Am), jadi kita membahagikan kawasan.

"Mulai tahun depan, kita akan mulakan Op Benteng sebenar seperti dilaksanakan di kawasan lain terutamanya di kawasan penjagaan laut seperti di pantai barat Semenanjung dan Sabah serta Sarawak iaitu operasi secara bersepadu," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya, langkah itu akan membolehkan pasukan keselamatan yang melakukan rondaan secara bersama membuat tangkapan ke atas penceroboh mengikut peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa agensi berkaitan.

"Dari segi kuasa, ATM tiada kuasa menangkap, jadi bila terdapat pencerobohan, polis akan dipanggil untuk bantu dari segi tangkapan, ATM pula hanya boleh bertindak terhadap pihak yang dianggap sebagai musuh negara.

"Jadi, bila keadaan di mana pendatang tanpa izin dan penyeludup masuk ke negara kita, mereka tidak dianggap musuh negara walaupun ATM mengawal sempadan, jadi PDRM atau AKSEM yang boleh mengambil tindakan," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1911606

Sumber:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
ArtikelDiterbitkan 12 Dec 2020 1.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM