Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Pga Rampas Pelbagai Barangan Seludup Rm1 5 Juta

Published: 24 Jun 2020 8.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Rantau Panjang, 23 Jun 2020 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM1.5 juta menerusi Op Benteng Covid-19, dalam tempoh lapan hari sehingga semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-op-benteng-pga-rampas-pelbagai-barangan-seludup-rm1-5-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT

Rantau Panjang, 23 Jun 2020 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM1.5 juta menerusi Op Benteng Covid-19, dalam tempoh lapan hari sehingga semalam.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Azhari Nusi berkata, jumlah rampasan itu membabitkan 32 kes termasuk kes Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Beliau berkata, seramai 32 individu turut ditahan yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan.

"Sepanjang tempoh lapan hari, kita berjaya mematahkan cubaan aktiviti penyeludupan menerusi hasil rampasan bernilai RM1.5 juta.

"Rampasan itu membabitkan haiwan ternakan, barangan kosmetik, barangan elektrik, pakaian dan barang subsidi," katanya pada sidang media di Rantau Panjang, petang semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan mempergiat operasi bagi mengawal keselamatan sempadan negara bagi mengekang aktiviti penyeludupan.

"Untuk tujuan itu, kita sudah melaksanakan beberapa bentuk tugasan seperti rondaan berjalan kaki, rondaan berkereta, rondaan motosikal dan penambahan tiga sekat pintas.

"Kita mahu kawalan sempadan negara diperkukuhkan bagi membanteras sebarang bentuk penceroboha ndan penyeludupan, selain mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya.

Terdahulu, Superintendan Azhari berkata, rampasan terbaharu yang dilakukan pihaknya dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam membawa kepada rampasan barang subsidi bernilai RM119,750.

Operasi 12.15 tengah hari semalam di sebuah stor di Kampung Lubok Gong dan pihaknya merampas 300 kotak minyak masak anggaran berat 5,100 kilogram.

Turut dirampas katanya, 1,000 kotak tepung gandum dengan anggaran berat 10 tan dan kesemua barangan berkenaan untuk diseludup ke Thailand.

Sumber: Harian Metro dan Kpdnhep Kelantan

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 7 people
ArticlePublished 24 Jun 2020 8.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM