
Segmen Throwbackpdrm 54 Orang Terpilih Sebagai Konstabel Polis Wanita Pertama
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, suatu ketika dahulu menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Tahukah anda, gambar berikut dirakam pada hari pertama bagi 54 orang pelatih konstabel polis wanita yang telah terpilih melaporkan diri untuk menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Police Depot) Kuala Lumpur pada 01 Ogos 1956?
Walaupun pada ketika itu gaji yang ditawarkan rendah namun ramai yang memohon untuk menjadi anggota polis demi mencurahkan bakti menjaga keselamatan dan keamanan negara. Daripada beratus calon yang hadir, hanya 54 orang sahaja terpilih sebagai konstabel polis wanita pertama dalam pasukan pada waktu itu.
Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#ThrowBackPDRM
#24062020