Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Pantai Timur Sabah Selamat Terkawal Komander Esscom

Diterbitkan: 21 Sep 2020 8.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Beliau bekata ESSCOM yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan sentiasa siap siaga serta giat melakukan rondaan bagi memastikan keselamatan di kawasan itu dapat dikekalkan. Katanya rondaan dan pemeriksa
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-op-benteng-pantai-timur-sabah-selamat-terkawal-komander-esscom
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:38 MYT

Lahad Datu, 21 September 2020 - Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) selamat dan terkawal, kata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), DCP Datuk Ahmad Fuad Othman.

Beliau bekata ESSCOM yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan sentiasa siap siaga serta giat melakukan rondaan bagi memastikan keselamatan di kawasan itu dapat dikekalkan.

Katanya rondaan dan pemeriksaan di kawasan khas termasuk langkah ‘menunjukkan kehadiran’ turut dilaksana bagi menghalang kumpulan pengganas atau penjenayah rentas sempadan memasuki perairan negara untuk melakukan jenayah penculikan.

“Ia tidaklah seperti yang disangka, (dakwaan) yang mengatakan bahawa kawasan pantai timur ini tidak selamat. Sebenarnya (ia adalah) selamat dan terkawal,” kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di Ibu Pejabat ESSCOM di sini baru-baru ini.

Bagi insiden culik untuk mendapatkan wang tebusan, Datuk Ahmad Fuad berkata hanya 10 kes direkodkan dalam tempoh 10 tahun lepas iaitu purata satu kes culik setahun.

Perintah berkurung ESSZONE, yang berkuat kuasa dari 6 petang hingga 6 pagi, merangkumi perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 21 Sep 2020 8.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM