Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Pengarah Kdnka Pdrm Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Komander Ntf
Kuala Lumpur, 21 September 2020 – Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander National Task Force (NTF), Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan Abdullah di Pejabat Komander NTF, di sini, petang tadi.
Kunjungan itu bertujuan membincangkan mengenai skop tugas dan hala tuju NTF dalam menangani masalah pencerobohan pendatang tanpa izin (PATI) ke Malaysia selain membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan warga asing.
Beliau yang juga merupakan ahli Command Committee NTF turut berkesempatan menghadiri Mesyuarat Command Committee Meeting (CCM) yang diadakan selepas kunjungan hormat tersebut buat pertama kalinya.
Sumber: MyJointForce
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN