Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng 84 Pendatang Tak Sempat Bolos Balik Kampung

Diterbitkan: 04 Jul 2020 2.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 4 Julai 2020 - Seramai 67 lelaki dan 17 wanita warga Indonesia dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas di kawasan paya bakau di Kuala Selangor, awal pagi semalam, ketika berkumpul menunggu tekong mengendalikan kepulangan mereka ke Tanjung Balai, Indonesia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-op-benteng-84-pendatang-tak-sempat-bolos-balik-kampung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:29 MYT
Kuala Lumpur, 4 Julai 2020 - Seramai 67 lelaki dan 17 wanita warga Indonesia dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas di kawasan paya bakau di Kuala Selangor, awal pagi semalam, ketika berkumpul menunggu tekong mengendalikan kepulangan mereka ke Tanjung Balai, Indonesia.
Kesemua PATI ditahan pada jam 2.30 pagi di kawasan paya bakau Tambak Jawa, Jeram oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih.
Siasatan awal mendapati semua warga Indonesia terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan ditahan mengikut Akta Imigresen.
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Arjunaidi Mohamed berkata pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung penangkapan warga Indonesia terbabit.
"Pada masa ini mereka ditahan bagi saringan kesihatan COVID-19 untuk tindakan susulan. Polis akan menyerahkan warga Indonesia yang didapati negatif COVID-19 kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, manakala mereka yang positif akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ketika dihubungi, semalam.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian berikut.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng 84 Pendatang Tak Sempat Bolos Balik Kampung
ArtikelDiterbitkan 04 Jul 2020 2.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM