Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Tiada Arahan Beku Cuti Pdrm

Published: 03 Sep 2020 2.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 3 September 2020 - Tiada arahan pembekuan cuti pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan dakwaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan berlangsung dalam masa terdekat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-tiada-arahan-beku-cuti-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:00 MYT

Kuala Lumpur, 3 September 2020 - Tiada arahan pembekuan cuti pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan dakwaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan berlangsung dalam masa terdekat.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, setakat ini, penugasan warga PDRM seperti biasa dan tiada keperluan untuk membekukan cuti mana-mana pegawai dan anggota.

Menurut beliau, pihaknya hanya membincangkan untuk menghantar pasukan bantuan dari Semenanjung bagi tujuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

"Namun, perkara itu juga belum diputuskan kerana kekuatan PDRM di Sabah setakat ini mencukupi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Terdahulu, khabar angin menyatakan terdapat arahan pembekuan cuti pegawai dan anggota PDRM yang dikaitkan dengan bahang PRU-15 semakin hampir apabila persediaan untuk menghadapinya didakwa sedang giat dijalankan.

Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'Tiada arahan beku cuti PDRM lehMASZUREENHADZMAN MASZUREEN Aman, KUALA LUMPUR: Tiada cuti pegawai Polis Diraja
ArticlePublished 03 Sep 2020 2.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM