Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Task Force Operasi Pematuhan Tahan 48 Individu Ingkar Pkpp

Published: 21 Jun 2020 3.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 21 Jun 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengetuai Task Force Operasi Pematuhan menahan 48 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-task-force-operasi-pematuhan-tahan-48-individu-ingkar-pkpp
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:31 MYT

Kuala Lumpur, 21 Jun 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengetuai Task Force Operasi Pematuhan menahan 48 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 40 individu sudah direman dan lapan lagi dikenakan kompaun.

"Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti refleksologi atau urut (10 orang) dan aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial (38 orang)," katanya.

Katanya, semalam 67,004 pemeriksaan dilakukan pasukan itu bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

Selain itu, katanya, 3,744 Pasukan Pematuhan membuat pemantauan yang membabitkan seramai 16,675 anggota.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text
ArticlePublished 21 Jun 2020 3.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM