Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan 77 Motosikal Disita Dalam Operasi Bersepadu

Diterbitkan: 21 Jun 2020 6.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 21 Jun 2020 - Seramai 247 individu dan 239 buah kenderaan yang melibatkan 227 motosikal serta 12 kereta telah diperiksa dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan Sungai Besi ke Tol Bangi, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-77-motosikal-disita-dalam-operasi-bersepadu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:24 MYT

Kajang, 21 Jun 2020 - Seramai 247 individu dan 239 buah kenderaan yang melibatkan 227 motosikal serta 12 kereta telah diperiksa dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan Sungai Besi ke Tol Bangi, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Tuan Azman Shari’at berkata operasi yang bermula dari jam 11.00 malam hingga 6.00 pagi itu berjaya menahan 13 individu yang memandu secara merbahaya.

Hasil pemeriksaan mendapati dua individu positif dadah dan seorang individu menggunakan kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Seri Muda, Shah Alam.

Operasi yang turut disertai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor berkenaan berjaya mengeluarkan sebanyak 453 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sumber: Polis Selangor

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 21 Jun 2020 6.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM